fb fb fb fb fb

Keputusan PRK Mahkota dijangka seawal 9.00 malam ini

SPR berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian PRK Mahkota

KLUANG, 28 September - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Mahkota dapat diketahui seawal pukul 9.00 malam ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata jangkaan itu berdasarkan lokasi pusat pengundian yang berdekatan dan kelancaran proses pengundian membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat. 

“Di Kluang ini logistiknya agak mudah, dekat dengan semua tempat pengundian dan juga berhampiran dengan kawasan-kawasan bandar. Jadi kita menjangkakan dalam 9.00 malam, kita cuba untuk buat pengumuman,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di pusat pengundian Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Mengenai perjalanan proses pengundian setakat ini pula, beliau memberitahu SPR berpuas hati dengan kelancaran proses yang berjalan tertib dan teratur.

Tambah beliau, berdasarkan trend proses pengundian yang berjalan lancar dan teratur sejak pagi tadi, SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi meningkat kepada 60 peratus berbanding 57 peratus pada pilihan raya sebelum ini.

Trainee2