fb fb fb fb fb

Tiga lelaki ditahan, edar risalah politik dalam Pangkalan TLDM Lumut

(Foto hiasan)

LUMUT, 16 September - Tiga lelaki ditahan kerana mengedar risalah parti politik dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, semalam

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mereka berusia 19 hingga 33 tahun itu ditahan Provos Tentera Laut (PROTELA) TLDM semasa melakukan rondaan.

Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan di pekarangan blok A8 Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) dan disiasat mengikut Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Datuk Mohd. Yusri berkata Pangkalan TLDM merupakan kawasan larangan yang diwartakan berdasarkan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Justeru, beliau menasihati semua parti bertanding supaya mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.

Dalam kenyataan sama, Datuk Mohd. Yusri berkata, sebanyak 31 laporan polis diterima semalam dan lima kertas siasatan telah dibuka.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan laporan polis sejak kempen PRU15 ialah 200 laporan dengan 21 kertas siasatan.

Dalam pada itu, 402 permohonan permit ceramah diterima semalam daripada parti bertanding dengan kesemuanya diluluskan.

(Siaran media PDRM Kontinjen Perak)

 

Media Baharu