fb fb fb fb fb

Calon BN diingatkan tidak berasa selesa, terus bekerja keras

(FOTO BERNAMA)

BERA, 16 November- Semua calon Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak berasa selesa ditempat masing-masing dalam fasa akhir berkempen.

Ini ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Pilihan raya ini apa sahaja boleh berlaku, saya sudah sebutkan tidak ada siapa yang boleh sahkan kata mereka pasti menang, sesiapa sahaja termasuk saya sendiri.

"Kita mesti terus bekerja keras, jangan ada yang berasa selesa," katanya.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Foto BERNAMA)

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menghadiri majlis sembang santai bersama penduduk setempat di Dewan Orang Ramai Mengkarak Stesen Bera, Pahang.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno turut berharap agar soal pemilihan parti tidak dibincangkan ketika ini.

Jelasnya, ia hanya akan mengganggu tumpuan dan hubungan dalam parti.

Media Baharu