(Foto hiasan)
JOHOR BAHRU, 16 November- Hampir 12,000 pegawai dan anggota merangkumi pelbagai agensi, digerakkan di Johor; bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan seperti ancaman keselamatan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini dan bencana seperti banjir.
Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohd Tarmizi Dan berkata, jawatankuasa terlibat telah bersidang dan pihaknya menyelaras dasar serta arah tuju berkaitan keselamatan negara.
"Kita telah melaksanakan latih amal berkaitan pengurusan dan kawalan tenteraman awam.
"Di peringkat negeri Johor kita adakan di beberapa daerah untuk memastikan kesiapsiagaan semua agensi atau pasukan keselamatan negeri Johor berdepan situasi kawalan ketenteraman awam di negeri Johor."
Proses itu juga membantu semua agensi di lapangan merangka strategi serta langkah-langkah pemulihan jangka pendek dan panjang bagi mengekalkan ketenteraman awam.
Mohd Tarmizi ditemui pemberita selepas temu bual di konti JOHORfm.
(Mohd Tarmizi Dan ditemui pemberita di konti Johorfm)