fb fb fb fb fb

PRU15: 14 kertas siasatan dibuka insiden ketika berkempen di Kelantan

(FOTO HIASAN)

KOTA BHARU, 16 November - 14 kertas siasatan dibuka berhubung insiden yang berlaku sepanjang kempen PRU15 di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata insiden yang berlaku melibatkan perbuatan khianat dengan merosakkan bendera dan poster, laporan fitnah di media sosial serta penularan berita palsu yang mengaibkan.

Katanya, separuh daripada kes berkenaan selesai dan pendakwa raya akan menentukan tindakan bagi kes terbabit.

(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun)

“Kita juga melihat kepada kumpulan-kumpulan yang bergiat aktif dalam pemasangan bendera ini...rasanya berlaku pertelingkahan antara mereka. Kes-kes ini dapat ditangani dengan baik... insya-Allah harap tidak ada lagi kes-kes yang dilaporkan," katanya ketika menjadi tetamu KELANTANfm, di sini.

Tambah Muhammad Zaki, lima suspek turut ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan berkaitan kejadian rusuhan yang berlaku di Kuala Krai.

Media Baharu