fb fb fb fb fb

Tiga beradik teruja mengundi kali pertama

MELAKA, 19 November- Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Jasin P139 menjadi detik bersejarah buat tiga beradik apabila pilihan raya ini merupakan kali pertama buat mereka dapat mengundi bersama-sama.

Menurut Nurul Zafirah Rosman, 22 tahun, media arus perdana dan media sosial menjadi sumber rujukan untuk mereka memilih calon tepat pada PRU15 kali ini.

"Masa mula-mula hendak mengundi kali ini, saya rasa sedikit gementar, sebab pertama kali hendak mengundi. Bila hendak pergi buat tanggujngjawab ini, saya fikir dua tiga kali hendak undi siapa. Tetapi dengan ada nya info terkini setiap calon dan mengenai pilihan raya ia membantu saya untuk membuang undi dengan lebih yakin," katanya.


(Tiga beradik kali pertama mengundi diĀ Parlimen Jasin P139, Melaka)

Zafirah hadir ke Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Jasin bersama adik-adiknya, Nurul Zahidah Rosman 21 tahun dan Nurul Zulaikha Rosman, 19 tahun.

Sementara itu, bagi Nor Syazana Samsudin, 21 tahun yang juga pengundi kali pertama berkata, dua orang kakak nya banyak membantu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Gemuruh rasanya hendak mengundi, sebab tidak tahu apa dan masih belajar lagi. Jadi ini kali pertama hendak pergi mengundi, setiba sahaja di pusat mengundi, petugas-petugas SPR membantu saya dari awal sehingga selesai mengundi. Alhamdulilah mudah sahaja untuk mengundi ini," katanya.

Syazana hadir ke tempat pengundian bersama kakaknya Nor Syamimi Samsudin, 30 tahun dan Nor Syazwani Samsudin seawal pukul 9 pagi tadi.

Media Baharu