fb fb fb fb fb

PRU15: 20% keluar mengundi setakat 10 pagi - SPR

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 19 November- Sebanyak 20% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat 10.00 pagi ini.

Demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian PRU15 bermula secara rasmi pada 7.30 pagi ini di Sabah, Sarawak dan Labuan manakala di Semenanjung Malaysia bermula pukul 8.00 pagi.

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu