fb fb fb fb fb

Tiada laporan berita palsu sepanjang tempoh berkempen - Annuar

BAGAN DATUK, 15 November- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan berita tidak benar atau berita yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

Jelasnya, berbaki tiga hari lagi kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini, semua pihak khususnya pengamal media dapat mengekalkan momentum etika profesionalisme masing-masing bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjalan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Penyerahan Peranti Siswa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berucap ketika hadir
menyampaikan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada pelajar Tingkatan Enam dalam
Daerah Bagan Datuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak (STAR) Selekoh,
hari ini / FOTO BERNAMA

Pada program tersebut seramai 93 pelajar menerima peranti siswa yang melibatkan dua buah sekolah iaitu SMK Tun Abdul Razak dan SMK Khir Johari Sungai Sumul.

Media Baharu