fb fb fb fb fb

PRU15: 13 tahun lumpuh separuh badan tetap tunai tanggungjawab

(Koperal Siti Maslinda lumpuh separuh
badan selepas kemalangan kereta pada 2009)

BUKIT BERUANG, 15 November - Meskipun lumpuh separuh badan, tidak menghalang hasrat seorang anggota polis wanita hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Koperal Siti Maslinda Nordin, 43, tetap tidak mahu melepaskan peluang lima tahun sekali itu untuk mengundi walaupun terpaksa berkerusi roda.

Beliau selesai mengundi pada pukul 8.30 pagi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Koperal Siti Maslinda sudah 13 tahun lumpuh separuh badan akibat kemalangan kereta semasa pulang dari menjalankan tugas di Balai Polis Parit, Perak pada 2009.

"Ketika itu saya baru selesai bertugas dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Namun disebabkan kepenatan kenderaan saya terbabas hingga menyebabkan saya mengalami lumpuh," katanya ketika ditemui pemberita.

(Petugas SPR menyorong Koperal Siti Maslinda Nordin
di pusat mengundi Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka)

Beliau kemudiannya berpindah ke IPK Melaka pada tahun 2020 dan kini bertugas di Jabatan pengurusan IPK Melaka.


Media Baharu