fb fb fb fb fb

Proses demokrasi semakin matang, tiada insiden serius dilaporkan

(FOTO HIASAN)

CHERAS, 15 November- Proses demokrasi negara dilihat semakin matang ekoran tiada sebarang insiden serius dilaporkan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sejak 5 November lalu.

Setakat ini hanya beberapa kes terpencil dilaporkan melibatkan kesalahan mencabut bendera parti di beberapa kawasan.

Menurut Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali beliau mengharapkan situasi harmoni itu akan berterusan sehingga hari mengundi, Sabtu ini.

"Setakat ini tiada laporan yang serius direkodkan, sekadar kes yang biasa terjadi ketika pilihan raya seperti mengoyak poster,"

"Namun perkara itu tidak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan awam, jadinya masih terkawal," kata beliau secara eksklusif kepada Berita RTM selepas mengiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani meninjau proses undi awal di Markas Briged PGA, di sini hari ini.


(Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali ketika ditemu 
bual secara eksklusif oleh Berita RTM selepas mengiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani
Abdullah Sani meninjau proses undi awal di Markas Briged PGA, di Cheras, hari ini) 

Tambah Hazani lagi, pasukan Op Cantas Khas telah ditubuhkan bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang kekacauan yang berlaku sepanjang tempoh pilihan raya.

Malah PDRM turut bersiap siaga menghadapi risiko banjir yang berlaku ketika hari mengundi nanti.

"PDRM sudah bersedia sekiranya hari mengundi berlaku banjir dengan meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mengambil alih, namun Ketua Polis negeri akan bertindak sebagai komander, sekali gus menangani isu banjir ini secara bersama," katanya lagi.

Media Baharu