MUAR, 15 November- Polis telah membuka kertas siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan poster parti politik di Parit Jawa selepas menerima laporan Ahad lepas.
Jelas Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, laporan mengenai kejadian di kawasan bawah Parlimen Muar itu diterima pada pukul 8.30 pagi di Balai Polis Parit Jawa.
Beliau berkata demikian semasa meninjau proses Undi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Serbaguna Markas Batalion 6 Pasukan Gerakan Am, Bakri.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz
Parlimen Muar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Muda; calon Barisan Nasional, Mohd Helmy Abd Latif dan calon Perikatan Nasional, Abdullah Husin.