fb fb fb fb fb

Proses undi awal di Pahang berjalan lancar - Ketua Polis Pahang

(Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ditemu bual media selepas meninjau proses
pengundian di pusat mengundi awal, Dewan Badminton Kompleks PDRM Alor Akar, di Kuantan,
Pahang, pagi tadi)

KUANTAN, 15 November - Seramai 21,164 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turun menunaikan tanggungjawab mengundi di Pahang, di 50 pusat pengundian melibatkan 70 saluran yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 6,137 orang adalah melibatkan pegawai dan anggota polis manakala 15,027 orang warga tentera.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang turut sama mengundi berkata kesemuanya berjalan dengan lancar dan sempurna dengan ramai anggotanya telah bersiap sedia sejak awal pagi.

"Alhamdulillah semuanya mengikut, maknanya kematangan itu ada, itu perlu saya tegaskan kematangan daripada semua aspek lah, tidak lagi yang macam dahulu, dahulu kita dengan orang berparang bergolak kerana politik dan sebagainya, tidak ada, sekarang ini banyak kematangan dan bahan idealism yang dikeluarkan dan saya rasa banyak sosial media dan sebagainya memainkan peranan faktor-faktor emosi dapat dikurangkan sekarang ini," kata beliau selepas meninjau proses pengundian di pusat mengundi awal, Dewan Badminton Kompleks PDRM Alor Akar, di sini hari ini.


(Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf selesai mengundi di pusat mengundi awal,
Dewan Badminton Kompleks PDRM Alor Akar, di Kuantan, Pahang, pagi tadi)

Sementara itu katanya, sehingga 14 November, sebanyak 2,007 permit telah dikeluarkan dengan 284 permit dikeluarkan pada semalam.

Sejumlah 1,494 ceramah politik telah diadakan dalam keadaan aman dan teratur.

Tambah beliau, pihak polis juga telah menerima 270 laporan sehingga kini berkait kesalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk 31 laporan dibuat semalam selain 15 kertas siasatan telah dibuka dengan dua tangkapan telah dilakukan.

Media Baharu