fb fb fb fb fb

BN Pahang perlu kempen secara sihat - MB

MARAN, 15 November- Jentera Barisan Nasional (BN) Pahang perlu meneruskan kempen dengan menjelaskan kepada rakyat mengenai fakta dan rekod baik yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jentera perlu meneruskan kempen secara sihat dalam usaha mencapai kemenangan untuk membentuk kerajaan negeri di bawah BN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Mukim Chenor, di sini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Turut hadir calon BN Parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Datuk Seri Shahaniza yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Negeri Kuala Sentul, akan bertemu dengan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib yang kini bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Media Baharu