fb fb fb fb fb

SPR asingkan pengundi positif, proses mengundi dilakukan cepat

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 15 November- Bagi mengelak risiko penularan individu positif COVID-19 yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diasingkan daripada pengundi lain.

Selain itu, menurut Timbalan Pengerusi Dr Azmi Sharom, proses pengundian di pusat pengundi dilakukan dengan cepat bagi individu yang dijangkiti.

Individu yang positif perlu memaklumkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan mengenai status kesihatan sebelum hadir ke pusat mengundi.

KKM akan mengasingkan pengundi positif dan memastikan individu berkenaan, menunaikan tanggungjawab dengan segera.

(Foto hiasan)

 

Media Baharu