fb fb fb fb fb

Tiada keperluan isytihar harta kata Ismail Sabri

BERA, 12 November - Tiada keperluan mengisytiharkan harta bagi Ahli Parlimen yang bertanding, memandangkannya tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) tidak menghalang sekiranya ahli parti mahu membuat pengisytiharan harta atas kerelaan individu itu sendiri.

Sebaliknya beliau berkata, hanya Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik dalam Kabinet diwajibkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

"Kita hanya buat perkara yang termaktub dalam akta yang ditetapkan, jadi tidak perlu isytihar harta.

"Kalau sudah menang nanti Ahli Parlimen juga diminta untuk isytihar harta dulu tapi tidak semua kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

"Ahli Parlimen boleh berniaga tetapi Menteri, Timbalan Menteri wajib isytihar harta," katanya selepas merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera, di sini hari ini.

Media Baharu