fb fb fb fb fb

KDN siasat sekiranya benar data pengundi bocor

(Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika melawat
penduduk di sekitar Sempeneh/FOTO Facebook Hamzah Zainuddin)

ARAU, 12 November - Dakwaan berlaku kebocoran 800,000 data pengundi yang tersebar di media sosial, adalah tidak benar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia menyiasat sekiranya benar dakwaan tersebut.

"Apa yang hendak saya tekankan adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengeluarkan maklumat nama dan nombor kad pengenalan sahaja.

“Perkara itu tidak betul mesti ada pihak yang cuba menipu bagi mencari keuntungan," katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan berlaku kebocoran pada data SPR dan maklumat 800,000 pengundi dijual pada harga RM9, 401 di pangkalan data terkenal.

Portal berkenaan melaporkan seorang penjual memiliki pangkalan data MySPR termasuk swafoto, butiran MyKad dan butiran lain seperti alamat penuh, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan.

Media Baharu