fb fb fb fb fb

Datuk Rozi santuni masyarakat sekitar Hulu Terengganu

TERENGGANU, 12 November- 70 peratus pengundi di Parlimen Hulu Terengganu P 038 telah disantuni calon Barisan Nasional Datuk Rozi Mamat. Sehingga kini 162 kampung telah pun dilawati beliau bersama kepimpinan UMNO Hulu Terengganu.

Datuk Rozi atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Rozi, optimis kesemua 87,917 pemilih berdaftar akan dikunjungi dalam tempoh berkempen ini.

Beliau yakin proses ini akan selesai dalam masa terdekat.

Menurut Cikgu Rozi lagi kesemua pemilih yang ditemui menyambut baik dan memberi respon termasuk golongan pengundi muda.

 
(Calon Barisan Nasional, Datuk Rozi Mamat)

"Kita memang mengamalkan politik matang sebab kita tahu pengundi bawah 40 tahun kurang 55 peratus pengundi, saya menjangkakan anak-anak muda sekarang ini tahu menilai mana yang baik mana yang buruk untuk masa depan mereka, untuk negara mereka, agama, bangsa dan negara dan atas keperluan asas tersebut, mereka menuntut kepada kestabilan negara dan juga kemakmuran, itu sangat penting bagi mereka," katanya selepas mengadakan walkabout di Pasar Manir Hulu Terengganu.

Beliau sempat beramah mesra dengan hampir 300 peniaga di sekitar pasar berkenaan.

Sementara itu, kebanyakkan peniaga yang ditemui media di sini memberi harapan dan pandangan berbeza terhadap PRU kali ini.

"Saya berharap satu pembangunan yang besar berlaku di Manir supaya semua peringkat masyarakat dapat menikmati dari segi kemajuan dan juga kita mahu kan kestabilan politik supaya negara kita semua dapat menjamin masa depan anak-anak muda untuk lima tahun hingga 10 tahun akan datang," kata Ahmad Huzairi Ali.

"Saya berharap PRU kali ini membawa perubahan yang besar terutamanya di Parlimen Hulu Terengganu, perubahan besar dari segi pembangunan infrastruktur yang boleh meningkatkan dari segi ekonomi penduduk setempat terutamanya," kata Sabihah Salleh.

"Saya sebagai pengundi Hulu Terengganu mengharapkan perubahan pada PRU kali ini calon YB baru untuk bersama-sama memajukan Hulu Terengganu sempena tagline muafakat membawa berkat kepada Hulu Terengganu,"kata Norhidayah Taharimm.

Parlimen Hulu Terengganu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan BN, PAS, Pakatan Harapan dan Pejuang .

Media Baharu