fb fb fb fb fb

PRU15: Belia penentu corak kepimpinan negara

MUAR, 12 November- Golongan muda berusia 18 hingga 20 tahun menjadi penentu penting dalam mencorak kepimpinan negara.

Justeru, pentas Pilihan Raya Umum ke-15 menjadi bukti, pandangan golongan berkenaan turut dipandang serius dalam proses demokrasi negara.

Menurut calon BN Parlimen Muar, Mohd Helmy Abd Latif pilihan raya kali ini memberi setiap lapisan masyarakat untuk membuat keputusan, dan PRU kali ini, undi orang muda sedikit sebanyak turut memberi impak pada PRU15.


(Calon BN Parlimen Muar, Mohd Helmy Abd Latif)

"Undi orang muda ini sangat penting apa yang kerajaan harapkan, pengundi muda ini memberi satu indikasi penting agar kerajaan dapat membawa negara ini yang mencukupi setiap lapisan masyarakat," katanya semasa menyantuni belia sempena Kejohanan Sepak Takraw, anjuran Parit Raja, malam tadi di sini.

Mohd Helmy turut berkesempatan meluangkan masa bermain Sepak Takraw bersama peserta.

Dalam pada itu, Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia, MUDA Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman turut melakukan kempen secara fizikal dengan menyantuni para peniaga sekitar Pasar Malam Parit Amat.

Beliau turut disertai Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd. Aziz.

Media Baharu