fb fb fb fb fb

PRU15: Calon perlu patuh arahan mohon permit aktiviti tinjauan mesra

PUTRAJAYA, 12 November- Setiap calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu patuh dengan arahan untuk memohon permit bagi aktiviti tinjauan mesra seperti diarahkan.

Keperluan permohonan permit bertujuan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah dalam memastikan calon-calon menjalankan aktiviti kempen dengan lancar.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin segala peraturan dan ketetapan yang diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar dipatuhi agar aktiviti kempen berjalan lancar.

Selain itu, permit hanya perlu dipohon sekali sahaja untuk keseluruhan tempoh berkempen dalam kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya ikut sahaja segala arahan atau prosedur operasi standard (SOP) oleh SPR. Saya tidak boleh cakap lebih jika SPR keluarkan sop baharu.

"Tinjauan mesra tiada kena mengena dengan kementerian kerana semua di bawah SPR. Polis hanya menjaga keselamatan rakyat, soal boleh pergi tinjauan mesra atau tiada kaitan dengan kementerian," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri, di sini.

(Datuk Seri Hamzah Zainudin)

Media Baharu