KEPALA BATAS, 11 November - Pengundi di Parlimen Kepala Batas bakal menikmati pembangunan infrastruktur prasarana dan perumahan sekiranya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu.
Tawaran khusus itu dizahirkan penyandang kerusi parlimen berkenaan melalui Ikrar Aku Janji Demi Kepala Batas yang mengandungi tujuh tujuh teras utama, 25 ikthiar dan 41 gerak kerja.
Menyifatkan 'Ikrar Aku Janji' lebih meyakinkan dan tidak mahu lagi menggunakan perkataan manifesto yang boleh sahaja dimungkiri.
"Saya mahu diikat dengan amanah ini kerana berada di posisi ini bukan sekadar untuk diangkat tetapi untuk menjalankan amanah dan tanggungjawah," katanya ketika melancarkan Aku Janji Kepala Batas di sini malam ini.
Tujuh teras utama berkenaan ialah membangunkan infrastruktur prasarana rakyat dan perumahan; mengukuhkan hubungan sosial dan komuniti; merancak ekonomi setempat dan membangunkan modan insan dan pendidikan.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan pertembungan empat penjuru di Parlimen Kepala Batas antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pejuang, dan Pakatan Harapan (PH).
Reezal Merican bersaing dengan Dr Siti Mastura Mohamad (PN), Hamidi Abu Hassan (Pejuang), dan Danial Abdul Majeed (PH).
Pada PRU14 lalu, Reezal Merican memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,736 undi.