fb fb fb fb fb

Suhaizan Kaiat menang PRK Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641

JOHOR BAHRU, 9 September - Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kawasan yang dimenangi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

Suhaizan, yang bertanding buat kali ketujuh dalam pilihan raya, memperoleh 48,283 undi bagi menewaskan dua pencabarnya iaitu Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi yang masing-masing mendapat 29,642 undi serta 528 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Pulai Miswan Yunus pada 10.09 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Kemenangan itu menyaksikan Suhaizan menjadi Ahli Parlimen pertama mewakili Kerajaan Perpaduan yang dibentuk menerusi dukungan gabungan PH-Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu turut menyaksikan Samsudin terpaksa berputih mata apabila hilang wang deposit.

(Suhaizan Kaiat)

Media Baharu