fb fb fb fb fb

Suhaizan Kaiyat sifat kemenangannya cerminan penerimaan baik rakyat

JOHOR BAHRU, 9 September - Kemenangan Pakatan Harapan di Parlimen Pulai, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor, mencerminkan penerimaan baik masyarakat terhadap Kerajaan Perpaduan khususnya di Johor.

Pemenang Kerusi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiyat berkata, majoriti 18, 641 undi yang diperoleh beliau, sudah memadai untuk membuktikan keyakinan masyarakat meskipun kadar peratusan undian rendah.

Bagi Suhaizan, faktor PRK serta cuaca hujan lembap, dan sebahagian pengundi tidak dimaklumkan tentang PRK diadakan, menyumbang kepada peratusan undi yang rendah.

(Suhaizan Kaiyat ketika diumumkan menang kerusi Parlimen Pulai dalam PRK Johor)

Selain itu, beliau menyifatkan masyarakat yang mengundi Pakatan Harapan dalam PRK itu, memberi keutamaan kepada kestabilan negara.

Antara fokus beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai ialah menyelesaikan isu peruntukkan Parlimen Pulai yang dibekukan.

"Apabila Allahyarham Datuk Seri Salahuddin meninggal, peruntukan peringkat Parlimen dibekukan, kalau kita lihat, bulan September ini dah tempoh akhir lah, 31 Ogos ini tempoh akhir, untuk saya memohon kepada Perdana Menteri untuk beri ruang kepada parlimen Pulai, menyelesaikan peruntukan parlimen itu untuk dimanfaatkan," kata Suhaizan, selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Pulai dalam PRK Johor di Dewan Jubli Intan, di sini.

Media Baharu