fb fb fb fb fb

PRK Simpang Jeram: Doktor pakar bedah tewas kepada jurutera

MUAR, 9 September - Calon Pakatan Harapan (PH) Ir. Nazri Abdul Rahman, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti 3,514 undi.

Nazri yang juga bekas jurutera memperoleh 13,844 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mazri Yahya (10,330) undi), manakala calon bebas S. Jeganathan (311) undi dengan majoriti 3,514 undi. 

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada pukul 9.10  malam tadi di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, di sini.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 40,379 pengundi yang layak mengundi pada PRK hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, DUN Simpang Jeram dimenangi Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada PH apabila memperoleh 8,749 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Md. Don (6,062 undi), Zarul Salleh dari PN (6,350 undi) dan Mahaizal Mahmor dari Pejuang (208 undi)

(Nazri ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK Simpang Jeram
di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim)

“Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang. Ini adalah kemenangan semua. Pilihan raya pada kali ini adalah gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan juga Barisan Nasional (BN). 
 
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera di pihak PH dan BN. Tanpa kerjasama mereka kerja keras mereka tidak mungkin saya dapat kemenangan sebegini rupa,” kata Nazri ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.
 
Turut hadir Pengarah Strategi Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh. 
 
Kedua-dua PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

Media Baharu