fb fb fb fb fb

SPRM lancar bilik gerakan, pantau rasuah dan salah guna kuasa ketika PRU Dewan Negeri Johor

 (Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM/BERNAMA) 

JOHOR BAHRU, 26 Februari - Empat bilik gerakan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh Johor, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor.

Kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam, sepanjang tempoh PRU Dewan Negeri berkenaan.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, bilik gerakan itu terletak di Pejabat SPRM Johor, Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat, Pejabat SPRM Cawangan Kluang dan Pejabat SPRM Cawangan Segamat.

"Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-8414384, atau menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding, agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012)," menurut kenyataan itu.

Media Baharu