fb fb fb fb fb

SPR adakan mesyuarat khas 6 Jun ini bincang tarikh PRK Sungai Bakap

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas.

Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Justeru, kekosongan kerusi itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan dipastikan oleh SPR.

Katanya, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu diadakan kelak.

Nor Zamri meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya, kerana mengalami keradangan dalam perut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE