fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: AMK beri sokongan penuh cadangan calon yang dipilih

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim

GEORGE TOWN, 2 Jun- Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mencadangkan beberapa nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan datang.

Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata, ini kerana setiap parti memang diberikan peluang untuk pencalonan bagi mewakili sektor masing-masing.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memberitahu, nama calon belum dimuktamadkan kerana ia masih dalam perbincangan.

Bagaimanapun, katanya AMK akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan.

"Tentu skali ada harapan untuk AMK melihat calon muda dapat ditampilkan terutama dalam kalangan pimpinan AMK sendiri, memang akan dibuka dan memang kita akan juga cadangkan beberapa nama yang kita anggap boleh mewakili kepentingan atau pun boleh mewakili perwakilan golongan muda dalam kalangan pemimpin AMK, tetapi dalam masa yang sama kita ada disiplin, kita sentiasa beri sokongan yang penuh kepada mana-mana calon yang telah pun dipilih oleh parti.

Beliau ditemui selepas mengjadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Pulau Pinang di Dewan Konvensyen Seberang Perai (SP) Arena, Seberang Jaya.

PRK Sungai Bakap akan diadakan, susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada 6 Jun ini bagi membincangkan mengenai PRK Sungai Bakap.

ROSLINA BINTI DIN