fb fb fb fb fb

Kemenangan kerusi DUN Sungai Bakap penting - Adam Adli

Sasarannya, lebih ramai pengundi muda dapat dikembalikan.

NIBONG TEBAL, 3 Jun- Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abd Halim menyifatkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap penting sebagai manifestasi kebangkitan semula Pakatan Harapan (PH) di kawasan itu.

Justeru, kerja-kerja penyelarasan dan meningkatkan kekuatan jentera sedang giat dilaksana bagi menjamin keberkesanan kempen akan datang.

Sasarannya, lebih ramai pengundi muda dapat dikembalikan.

Jelas Adam Adli, pendekatan dan strategi ke arahnya akan diperkemas.

"Sebab itu penting bagi Sungai Bakap ini menjadi salah satu manifestasi kepada kebangkitan semula, bukan soal hanya menang dalam pilihan raya tetapi juga mengembalikan keyakinan rakyat.

"... Selepas daripada ini, kita akan teruskan dengan banyak lagi kerja-kerja penyelarasan agar kempen yang kita jalankan secara bersama kali ini berkesan dan penting... sasaran iaitu pengundi muda itu dapat kita kembalikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan datang," katanya selepas menghadiri Majlis Santuni Jentera di Jalan Kampung Besar di sini.

Pertemuan rasmi bersama parti komponen PH Pulau Pinang itu membincangkan persediaan menghadapi PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM