fb fb fb fb fb

Situasi COVID-19 terkawal, rakyat selamat untuk keluar mengundi

FOTO BERNAMA

SUNGAI BULOH, 17 November- Pengundi diminta supaya tidak bimbang untuk keluar mengundi berikutan penularan wabak COVID-19 masih lagi terkawal.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada Minggu Epid, ME 45/2022 iaitu dari 6 hingga 12 November lalu, bilangan kes baharu COVID-19 menurun sebanyak 13.4 peratus iaitu dari 26,616 kes pada ME 44/2022 kepada 23,045 kes pada ME 45/2022.

"Dengan itu, saya yakin bahawa situasi COVID-19 dan gelombang kecil ini dalam keadaan terkawal. Jadi kita menasihatkan masyarakat untuk terus berwaspada dan berhati-hati terutamanya pada hujung minggu ini, baki akhir kempen pilihan raya dan juga pada hari pengundian kerana sudah tentunya berlaku kesesakan.

Rakyat selamat untuk keluar mengundi, saya sudah minta pandangan daripada semua pakar dan menyatakan bahawa gelombang kini adalah terkawal," kata Khairy dalam sidang media status terkini COVID-19, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau juga sudah merujuk kepada pakar kesihatan dan penyakit berjangkit berhubung situasi semasa penularan COVID-19.

Berhubung dengan jumlah kematian yang meningkat pesakit COVID-19 bagi Minggu Epid 42 hingga 45/2022, Khairy memaklumkan ia adalah disebabkan lewat menerima rawatan dan mempunyai penyakit komorbiditi.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin/BERNAMA)

Media Baharu