(FOTO BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 20 November- Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO.
Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Shahril bagaimanapun berkata dia kekal setia bersama UMNO.
Beliau sependapat dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu memaparkan contoh dengan mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut iaitu berundur secara terhormat.
"Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini.
"Atas semangat 'collective responsibility' itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar,"katanya.
Shahril yang juga calon di kerusi Parlimen Alor Gajah tewas pada PRU15 dalam persaingan empat penjuru apabila memperoleh 27,288 undi, di belakang Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari yang meraih 28,178 undi.
Dua lagi pencabar Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dari Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17,211 undi dan Muhammad Nazriq Abdul Rahman (PEJUANG) 323 undi.
(Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan)