(Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM, Dr. Azman Ayob ketika menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia)
KUALA LUMPUR, 20 November- Situasi Parlimen tergantung tidak boleh dibiarkan dalam tempoh yang terlalu lama.
Malah, pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu dilaksana selewatnya dalam tempoh seminggu.
"Kalau dibiarkan berlanjutan maka banyak benda tidak akan selesai, banyak benda yang mungkin akan timbulkan masalah baru dan disebabkan itulah kita tidak boleh ada Parlimen Tergantung yang terlalu lama.
"Maksudnya mesti ada gabungan baharu yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam membentuk kerajaan," menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM, Dr. Azman Ayob.
Beliau turut berpandangan, manifesto yang dibentangkan setiap parti bertanding tidak begitu mempengaruhi pola pengundian pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) semalam.
Namun, karisma calon yang bertanding antara elemen utama yang mempengaruhi undian rakyat.
(Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM, Dr. Azman Ayob)