fb fb fb fb fb

PN sapu bersih 13 kerusi di Kedah

Foto FB Muhammad Sanusi Md Nor

KEDAH, 20 November- Perikatan Nasional (PN) membuka gelanggang buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mempamerkan prestasi mengagumkan apabila menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan di Terengganu menggunakan logo PAS, selain membentuk kerajaan negeri di Perlis setelah memenangi 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di Kedah kesemua 13 kerusi parlimen dimenangi PN.

Pengerusi PN Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kejayaan itu turut membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sedang berada di landasan yang betul selari dengan kehendak rakyat Kedah.


(Pengerusi PN Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) 

Sanusi menerusi kenyataan berkata rakyat juga mahukan kerajaan pusat yang seiring dan sehaluan dengan kerajaan negeri dan diterjemahkan melalui keputusan yang dibuat di peti-peti undi malam tadi.

Katanya majoriti rakyat Kedah telah membuat pilihan untuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

Harapan beliau kerajaan yang bakal dibentuk di peringkat pusat, dapat merealisasikan hasrat ini.

Terdahulu dalam kenyataan itu Sanusi mengucapkan syukur dengan kemenangan itu.

Walaupun PN Kedah tewas tipis di Parlimen Sungai Petani dan satu kerusi Parlimen di Padang Serai ditangguhkan selepas calon Pakatan Harapan yang juga penyandang kerusi M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November, beliau mengucapkan tahniah dengan kejayaan itu.

Media Baharu