KOTA MARUDU,20 November- Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu.
Perkara berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya P168 Kota Marudu, Alexander Yong.
Beliau menewaskan penyandang Datuk Maximus Ongkili yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
(Wetrom mendapat 24,318 undi menang dengan majoriti 8,174 undi)
Wetrom mendapat 24,318 undi menang dengan majoriti 8,174 undi.
Pengumuman keputusan rasmi P168 Kota Marudu mengalami kelewatan susulan kesukaran petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar tiga peti undi dari pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Magandai setelah usaha membawa peti undi keluar gagal akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir.