fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat

IPOH, 20 November- Sepuluh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Perak.

Menurut portal InfoBencanaJKM, 920 penduduk terjejas banjir daripada 261 keluarga, dicatat setakat pukul 1.39 tengah hari tadi berbanding 874 orang daripada 249 keluarga setakat 8 malam tadi.

Daerah terlibat ialah Hilir Perak, Kerian, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Perak Tengah.


(Foto BERNAMA)

Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak, Hilir Perak menempatkan penduduk paling ramai terjejas iaitu 203 orang.

Manakala Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Kerian pula mencatat angka paling kurang iaitu 20 orang.

Keseluruhan penduduk terjejas banjir di semua negeri adalah seramai 2,324 orang, termasuk Johor, Kelantan, Melaka dan Selangor.

Media Baharu