fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Pengarah SPR negeri

IPOH, 20 November- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Mohd Nazri Ismail di Istana Kinta, di sini pagi tadi.

Difahamkan sesi menghadap itu bagi menyembah maklum kepada baginda berhubung keputusan Pilihan Umum ke-15 (PRU15) membabitkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak.

 

Terdahulu, turut dilihat menghadap Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.

Mereka tiba di Istana Kinta jam 9.45 pagi.

Mengikut keputusan rasmi SPR pagi tadi, Perikatan Nasional memenangi 26 kerusi DUN, disusuli Pakatan Harapan, 24 dan Barisan Nasional, 9.

Perak menyaksikan sebanyak 59 DUN dipertandingkan pada PRU kali ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Mohd Nazri Ismail di Istana Kinta bagi menyembah maklum keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Nazri tiba kira-kira 10.23 pagi dan turut kelihatan ke sesi menghadap itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.

Sesi itu berlangsung selama kira-kira satu jam dan cubaan pihak media mendapatkan komen di luar pintu pagar istana tidak membuahkan hasil.

Media Baharu