(Persiapan dan semakan akhir SPR di Pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Negeri Bukit Kepong)
PAGOH, 11 Mac - Persiapan serta semakan akhir Pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Negeri N07 Bukit Kepong berjalan lancar.
Pegawai Pengurusnya, Abdul Rahman Selamat berkata tahap kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mencapai 99% dalam memastikan kelancaran proses pengundian.
"Selepas ini petugas kita khususnya dibantu KKM akan menyusun tempat-tempat pengundian di pusat masing-masing yang terdapat 77 lokasi dan seramai 766 orang yang terlibat dalam proses pilihan raya Bukit Kepong ini," katanya kepada RTM.
(Abdul Rahman Selamat)
N07 Bukit Kepong mempunyai 27 pusat mengundi dan 77 saluran dibuka.
Persaingan empat penjuru berlaku di kerusi ini antara calon BN, PN, MUDA dan Pejuang.