fb fb fb fb fb

JKNJ nafi mesej tular, pesakit COVID-19 tidak dibenar hadir mengundi

(Datuk Dr Aman Rabu/JKNJ)

JOHOR BAHRU, 11 Mac - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan rakaman suara tular mengenai pesakit COVID-19 dibenarkan hadir mengundi dalam PRU Dewan Negeri itu, esok.

Malah turut menafikan, Kementerian Kesihatan akan mengambil dan menghantar pesakit.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Aman Rabu menjelaskan rakaman suara berdurasi seminit tujuh saat itu adalah palsu kerana pesakit positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir mengundi.

Beliau menjelaskan perkara itu kepada media menerusi aplikasi 'WhatsApp'.

Menurut Aman, pengundi bergejala pula akan diasingkan untuk mengundi di tempat khas.

Manakala, pengundi berstatus disyaki dijangkiti atau kontak kepada kes pula perlu memohon kebenaran keluar mengundi daripada Pegawai Kesihatan Daerah.

Media Baharu