fb fb fb fb fb

Sejumlah 1,122 pengundi awal akan tunai tanggungjawab di Parlimen Batu Pahat

(Suasana di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja,
Kem Majidee, Batu Pahat, Johor)

BATU PAHAT, 15 November - Sejumlah 1,122 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka di Parlimen Batu Pahat hari ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15).

Daripada jumlah tersebut, seramai 676 pengundi awal terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengundi di dua saluran di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee, di sini.

Tinjauan Berita RTM mendapati terdapat kira-kira 50 pengundi awal telah hadir di dewan tersebut setakat pukul 9 pagi untuk menjalankan tanggungjawab mereka.


(Antara anggota ATM yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal hari ini) 

Pengundi juga diarahkan untuk memakai pelitup separuh muka, sepanjang berada di dalam kem tersebut.

Proses undian berjalan lancar, dengan pengundi mengambil masa kurang daripada sepuluh minit semasa berada di dalam dewan pengundian.

Pusat tersebut akan terus dibuka sehingga pukul 5 petang ini.

Media Baharu