fb fb fb fb fb

Bahang PRU15 di Parlimen Jeli semakin terasa

(Calon Perikatan Nasional, Zahari Kechik mengambil pelbagai pendekatan bagi bertemu mata dengan penduduk setempat)

KELANTAN, 14 November- Berbaki beberapa hari lagi, bahang PRU15 di Parlimen Jeli semakin terasa.

Calon-calon mula mengambil pelbagai pendekatan bagi bertemu mata dengan penduduk setempat

Ini memastikan kehadiran mereka dapat diterima sebaiknya oleh penduduk khususnya pengundi bagi kawasan P030 Jeli.


(Calon Barisan Nasional Nor Wahida Patuan, mengambil pelbagai pendekatan bagi bertemu mata dengan penduduk setempat)

Calon Barisan Nasional Nor Wahida Patuan memilih untuk hadir ke majlis perkhawinan penduduk di kampung Jeli lama sebagai salah satu strategi kempen beliau

Selain menghormati jemputan, kesempatan ini juga digunakan sebaiknya untuk bertanya khabar penduduk yang rata-rata adalah pengundi bagi kawasan Jeli

Perkara sama turut dilakukan Calon Perikatan Nasional, Zahari Kechik.

Beliau melakukan aktiviti santai hari ini dengan bertemu para usahawan yang mula bangkit kembali setelah mengalami kejatuhan akibat covid di sekitar Lata Keding.

Setakat ini, rata-rata penduduk yang ditemui menyenangi dan menyambut baik calon-calon yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Jeli.

Media Baharu