fb fb fb fb fb

Satu undi untuk KJ, bukan bermakna satu undi untuk Zahid jadi PM -Khairy

(Khairy bersama penyokongnya pada hari penamaan calon bagi Parlimen Sungai
Buloh/FOTO FB KHAIRY JAMALUDDIN)

SUNGAI BULOH, 5 November- Barisan Nasional, BN termasuk calon-calonnya masih lagi mendukung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Jelas calon BN bagi parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin tidak wujud sebarang spekulasi bahawa individu lain akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Naratif ini mesti diperjelaskan bahawa calon perdana menteri BN ialah Ismail Sabri.

"Saya tetap akan mendukung Ismail Sabri seperti mana yang diumumkan oleh presiden parti, Datuk Seri Zahid sendiri," katanya selepas bertemu penyokongnya di perkarangan Dewan Kenanga Pusat Penamaan Calon P107 Sungai Buloh, di sini,.

Sebelum ini juga, Khairy memaklumkan beliau tidak menandatangi sebarang surat dengan kepala surat UMNO yang menyatakan sokongan kepada individu lain sebagai calon Perdana Menteri ke -10

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan penyandang tiga penggal Sungai Buloh, R. Sivarasa bahawa undi kepada Khairy bermakna undi kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairy berkata "satu undi kepada KJ di Sungai Buloh adalah undi kepada KJ".

(Khairy ketika proses penamaan calon Parlimen P107 Sungai Buloh/FOTO FB KHAIRY JAMALUDDIN)

Khairy  menafikan dakwaan pembangkang bahawa satu undi yang diberi untuk dirinya di kawasan berkenaan bersamaan satu undi untuk Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R. Ramanan dalam usaha PKR untuk mengekalkan kerusi itu bagi kali keempat berturut-turut dan turut berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin dari PAS.

Calon lain yang bertanding ialah Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang) manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Ahmad Jufliz Faiza serta dua calon Bebas Nurhaslinda Basri dan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff.

Pada 2018, Sivarasa dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. Penyandang itu tidak mempertahankan kerusi berkenaan berikutan masalah kesihatan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Jusni Hashim berkata Parlimen Sungai Buloh mempunyai 158,090 pengundi.

Media Baharu