fb fb fb fb fb

Rosol, isteri antara pengundi awal tiba di Pusat Pengundian SK Bukit Diman

HULU TERENGGANU, 19 November- Calon PAS P038 Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahib tiba di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Diman pukul 7.50 pagi tadi untuk melaksanakan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15, hari ini.

Rosol yang tiba bersama isterinya, Datin Halipah Ahmad menjadi pengundi pertama mengundi di saluran 1 dan selesai pukul 8.04 pagi.

Cuaca pagi ini mendung dan proses pengundian berjalan lancar seawal pagi, di sini.

SK Bukit Diman mempunyai 1,562 pengundi dan tiga saluran mengundi.


(Calon PAS P038 Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahib selesai laksana tanggungjawab)

Dalam pertembungan empat penjuru, Rosol akan bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rozi Mamat, Alias Ismail daripada Pakatan Harapan (PH) dan Mohd.Khadri Abdullah daripada Pejuang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Parlimen P038 Hulu Terengganu dimenangi Rosol daripada BN dengan mendapat 30925 undi ketika menentang Muhyidin Abd Rashid daripada PAS dan Datuk Razali Idris daripada PKR.


Media Baharu