fb fb fb fb fb

PRU15: Hujan tidak halang pengundi tunai tanggungjawab

MUAR, 19 November- Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula, meskipun cuaca pagi di Johor hujan lebat, ia tidak menghalang pengundi Parlimen P143 Pagoh, untuk mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, dengan kira-kira 60 pengundi berdaftar telah mengundi, setakat pukul sembilan pagi tadi.

Tinjauan RTM mendapati para petugas pilihan raya juga menyediakan payung kepada pengundi yang hadir, bagi melancarkan proses pengundian hari ini.

Juga dilihat, petugas pilihan raya menyediakan kerusi roda, bagi memudahkan pergerakan pengundi, yang rata-rata terdiri daripada warga emas.


(Pengundi saluran satu yang terdiri daripada golongan warga emas yang datang seawal pagi untuk membuang undi)

Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kampong Raja mempunyai 1,766 pemilih berdaftar, melibatkan tiga saluran, dengan saluran ketiga dikhususkan untuk pengundi muda.

Turut hadir mengundi di pusat mengundi tersebut, calon Pakatan Harapan, Iskandar Shah Abd Rahman.


(Iskandar Shah Abd Rahman)

Parlimen P143 Pagoh menyaksikan tiga penjuru membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Media Baharu