fb fb fb fb fb

RM130 juta buat komuniti India dalam tempoh empat bulan

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan

NIBONG TEBAL,5 Julai-Peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta disalurkan buat komuniti India di negara ini, dalam tempoh empat bulan lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata, ia sebagai langkah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India.

Jelas beliau, peruntukan tambahan itu meliputi RM50 juta bagi Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Sejak permulaan SPUMI 2008 sampai 2024, tidak pernah ada penambahan dana bagi komuniti India.

"Tetapi dgn keprihatinan hari ini SPUMI sudah RM60 juta. kita bukan minta peluang utk melaksanakan tetapi kami sedang melaksanakan", katanya demikian selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Komuniti Usahawan India di Jawi, Pulau Pinang.

Sementara itu, mengulas mengenai sokongan masyarakat India terhadap calon Pakatan Harapan di Sungai Bakap, Ramanan menyifatkan terdapat peningkatan sokongan memandangkan banyak usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan taraf hidup kaum tersebut.

"Saya yakin bahawa sokongan kaum India telah meningkat. Melalui kempen dari rumah ke rumah, kami menerangkan kami menerangkan serba sedikit apa yang telah kerajaan lakukan. Masyarakat India yang ditemui mendapat kefahaman tentang inisiatif yang dilakukan kerajaan",katanya di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD