fb fb fb fb fb

Latar belakang Joohari sebagai pendidik mudahkannya didekati pengundi

Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abdul Halim

NIBONG TEBAL, 5 Julai -Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin dilihat sebagai calon yang berpotensi dan mudah didekati anak muda.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abdul Halim berkata, Dr. Joohari atau lebih mesra disapa Cikgu Joo dilihat mempunyai kelebihan bagi memenangi PRK Sungai Bakap memandangkan beliau merupakan bekas pendidik dan dihormati.

"Calon kita tampilkan Cikgu Joohari adalah seorang yang mampu dekati golongan muda dengan sangat berkesan beliau tak perlu untuk cuba berlakon hendak menjadi orang muda.

"Dia tahu peranan dia sebagai seorang suri teladan seorang guru seorang yang tetap menjadi pendidik lama dekat kawasan sini dan ada ramai anak murid yang orang orang muda yang pernah bersama dengan beliau.

Dia seorang tokoh yang dihormati oleh ramai golongan muda. Jadi disebabkan itu saya kira ini satu kelebihan buat beliau", katanya demikian pada Program Kayuhan Komuniti Sihat bertempat di Dewan MPKK Sungai Kechil.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari iaitu bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK berkenaan pada 6 Julai.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD