fb fb fb fb fb

RM1.1 juta peruntukan bagi kebajikan 1200 nelayan

TANJUNG BIDARA, 16 November- Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM1.1 juta bagi menjaga kebajikan 1,200 nelayan yang mendaftar di negeri itu.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk Bayaran Insentif Sara Hidup Secara One Off sebanyak RM250.


(Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Katanya, di Masjid Tanah sahaja seramai 327 nelayan berdaftar menerima manfaat berkenaan.

“Keprihatinan kerajaan negeri adalah merupakan satu langkah yang terbaik kerana negeri Melaka difahamkan mempunyai tabung ini, khusus utk nelayan membantu nelayan dan memberi mereka insentif kepada mereka secara berkala pada setiap empat kali setahun. Ini adalah salah satu langkah kita untuk memberikan one off dulu kemudian kita tidak menggalakkan nelayan
untuk mengambil risiko sewaktu musim tengkujuh ini untuk keluar ke laut,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Penyampaian Bayaran Insentif sara Hidup Secara "One Off" (kali keempat) bernilai RM250 ringgit kepada nelayan Negeri Melaka di Kompleks Japerun Tangga Bidara.

Media Baharu