fb fb fb fb fb

Abon turun padang, bantu calon BN

(Abon turun padang bantu kempen calon BN di Kangar)

KANGAR, 16 September - Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kangar, Perlis diserikan dengan kehadiran pelawak terkenal, Abon.

Abon atau nama sebenar, Sharizan Ahmad turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P002 Kangar.

Bagi calon BN Parlimen P002 Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, kehadiran Abon ke lokasi kempen merupakan nilai tambah untuk mendekati pengundi terutama pengundi muda.

Abon dan Datuk Dr Fathul Bari ditemui media ketika berkempen di Pasar Pagi Batu 2 Lama.

Dr Fathul Bari berdepan penyandang kerusi Parlimen P002 Kangar, Noor Amin Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) serta empat calon lain iaitu Zakri Hassan dari Perikatan Nasional (PN), Rohimi Shapiee dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Nur Sulaiman Zolkapli dari Gerakan Tanah Air (GTA).


Pada PRU14, Noor Amin Ahmad memenangi kerusi Parlimen P002 Kangar dengan majoriti 5,603 undi atau keseluruhan memperoleh 20,909 jumlah undi dalam pertembungan tiga penjuru melawan calon BN, Ramli Shariff (15,306 undi) dan calon PAS, Zahid Ibrahim (8,465 undi).

(Abon bersama calon BN, Datuk Dr Fathul Bari di Pasar Pagi Batu 2 Lama)

Media Baharu