fb fb fb fb fb

6,000 pelajar terlibat siri ke enam PUM22 anjuran SSM

HULU TERENGGANU, 16 November - Seramai 6,000 pelajar dari pelbagai institusi terlibat mengikuti Program Usahawan Muda (PUM22) siri ke-6 peringkat negeri Terengganu dan Kelantan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Penyertaan terdiri daripada pelajar Politeknik, Kolej komuniti, pusat Latihan GIATMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dari kedua-dua negeri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata PUM22 merupakan program khas dianjurkan bagi memberi kefahaman berkaitan tatacara serta perundangan yang dikawal selia SSM berhubung keperluan dan faedah perniagaan.

Ini termasuklah strategi perniagaan dan pengurusan wang, serta strategi pemasaran digital dan pengkongsian bersama usahawan berjaya.

(Datuk Rosol Wahid / FOTO FAIL)

"Menerusi program ini, SSM membuka peluang kepada peserta untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian PUM22 peringkat Zon Pantai Timur di Dewan Akademi Binaan Malaysia Jenagor, Kuala Berang, di sini.

Tambah Rosol, dari Januari 2021 hingga 31 Oktober 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui SPPP adalah melebihi 43,000 pendaftaran terdiri daripada 19,758 pelajar IPT dan 23,365 usahawan B40.

Media Baharu