(Foto hiasan)
JOHOR BAHRU, 16 November- Kerajaan Johor bersetuju menggantikan cuti Hari Kelepasan Am yang jatuh pada 18 November kepada 20 November, Ahad.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz memaklumkan, keputusan dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Cuti ganti itu juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Tambahnya, setiap undi akan memastikan proses demokrasi dan pembangunan negara terus berkembang, demi kesejahteraan hidup rakyat Johor dan Malaysia amnya, untuk tempoh lima tahun akan datang.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Hari Pelepasan Am pada 18 dan 19 November bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Manakala negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka Ahad, 20 November ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.
(Johor umum cuti gantian pada 20 November)
Berita berkaitan:
Majikan swasta digesa beri pelepasan cuti am pada Jumaat dan Sabtu - Saravanan