fb fb fb fb fb

PRU15: Undi pos proses biasa

(Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

KUCHING, 14 November- Pengeluaran kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bermula 7 November lalu bagi mereka yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah perkara biasa dalam semua pilihan raya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, undi pos melibatkan beberapa kategori termasuk anggota keselamatan yang berdaftar sebagai pengundi pos.

Beliau menerusi satu kenyataan menegaskan, tiada isu yang timbul mengenai hal berkenaan dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya juga telah memaklumkan mengenai tarikh pengeluaran kertas undi pos kepada semua ejen calon.

Tambah beliau, pengundi pos perlu menghantar kertas undi masing-masing dan sampai sebelum pukul 5.00 petang pada hari pengundian.

Semalam, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pengundian bagi anggota ATM yang didaftarkan sebagai pengundi pos telah bermula 7 November lalu dan berterusan sehingga 5.00 petang Sabtu ini.

Seramai 146,737 anggota ATM dan pasangan mereka akan mengundi awal esok dengan 153 pusat mengundi awal ATM diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

(Kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang))

 

Media Baharu