fb fb fb fb fb

Persiapan akhir undi awal di IPD Muar, lancar

(Mustaffa Kamal meninjau pusat pengundian awal di IPD Muar)

MUAR, 14 November- Persiapan akhir bagi proses undi awal di Dewan Perumahan Polis (IPD) Muar Parit Perupok berjalan lancar.

Seramai enam pegawai terdiri daripada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi melancarkan proses undi awal di lokasi berkenaan.

Jelas Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Muar, Datuk Mustaffa Kamal Shamsudin, anggota dan pegawai polis serta pasangan akan menunaikan tugas
demokrasi mereka di Dewan Perumahan Polis IPD Muar Parit Perupok.

"Alhamdulillah kami hampir selesai. Ada lima pusat pengundian awal di daerah Muar. Simulasi juga telah dilaksanakan di IPD Muar Parit Perupok. Seramai 543 pengundi awal di sini."

Mustaffa Kamal berkata demikian semasa meninjau persiapan akhir di Dewan Perumahan Polis IPD Muar Parit Perupok.

Bagi P.146 Parlimen Muar, keseluruhan, 563 pegawai Polis dan pasangan berdaftar akan menunaikan tanggungjawab demokrasi menerusi dua saluran esok.

(Datuk Mustaffa Kamal Shamsudin, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Muar)

Media Baharu