fb fb fb fb fb

PRU15: Tidak dibenarkan guna telefon bimbit semasa mengundi

KUALA LUMPUR, 15 November - Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi adalah tidak dibenarkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan berkata, sebagai peringatan, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi

"Pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan telefon mereka di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi," menurut kenyataan itu pada Isnin.


(Foto hiasan)

Pelaksanaan tatacara pengundian baharu tersebut boleh dirujuk menerusi poster 'Tatacara 10 Langkah Pengundian'.

Tambah kenyataan itu, tatacara itu menjelaskan proses pengundian sepenuhnya dan maklumat lanjut juga telah dimuat naik di laman Facebook, Instagram dan Twitter SPR.

SPR turut mengingatkan tanggungjawab orang yang dibenarkan hadir dalam urusan berkaitan pilihan raya untuk memelihara kerahsiaan maklumat pengundian sebagaimana termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Media Baharu